...

cute

Tuesday, December 21, 2010

Fakta @ Auta...


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.




p/s: chillex... utk relaxkn minda okie.. (^_^)v



Monday, December 20, 2010

♥ yg kudus...

Seandainya telah kau catatkan dia milikku...
Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi…
Seiringan kami dalam melayari…
...Hidup kesepian yang sejahtera…
Tetapi Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Ya Tuhan…Maha Mengerti
Gantikanlah yang telah hilang,
Meskipun tak akan sama dengan dirinya…
Ya Tuhanku…
Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya…
Jika benar cinta itu cinta sejati…maka bebaskan itu.
Jika benar cinta itu suci…ia akan datang dengan sendirinya…
Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi,
Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi…
Jika benar dia dijadikan untukku…
Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…
Tetapi…
Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan
Hapuskanlah perasaanku terhadapnya.
~ AMIN~





Thursday, November 25, 2010

*RaMbuT GaTaL*

"RAMBUT GATAL"

korang tau x...
camne carenyer utk "DETECT"
~~~>> Si Rambut Gatal??

hurm gini...
aq pon baru nak berjinak2 dlm bidang mencari2 rambut gatal nih...
roommate aq yg ajr.... (so..terima kasih kepada beliau)

hurm...

1. rambut yang kalo time basah tu tercacak-cacak
(kadang2 xbasah pon tercacak gak)

2. rambut yang maha TEBAL!

3. rambut yg kerinting laen macam
(nak2 yg kalo rambut tu jenis teknik "rebonding", lg sng detect)


lepas korang dah dapat rambut gatal nih...
cabut ar...
tapi agak2 beb...
kalo cabut bnyk2 nnt, mau botak kepala korang...
huhuhu....
selamat mencari yer kwn2...




p/s: selaen tu...
kalo rambut korang berbuah @ bercabang...jgn cabut lak...ambil gunting...pastu gunting yg
bhgn. yg rosak tu jer....
kalo rambut yg warne merah tu lak rambut mkn darah xsilap aq...yg tu lak..cabut jer....
OKIES...





Friday, October 1, 2010

kahwin muda....

apekah pendapat tntg kawen mude???
kawen mude la bagus....dpt elak maksiat....

kalau dapat kawen mude...trime x??
aq orite jep...sbb aq lagi prefer kawen mude nih...

penerimaan mak & ayah??
aq rase parents aq mesti ar soh blaja abes2 dlu...pastu keje dulu...pastu baru kasik kawen...
tapi kalo kasik ayat power sikit...
dapat "green light" ar kowt...
=P


.'. kawen mude tu baek... =)

=(

waaaa...
sedih gilerrrr...
aq xreti wat test autocad...
tah ape2 jep aq wat...

tp xpe....
puan tu kate nak wat re-test....
aq akn cube yg terbaek ar wok....
(",)

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

selamat ary raye kawan2...
andai ade tersalah silap kat mane2...
aq terngumpat ker..termengata ke...
tertengking ker..termarah ker..

xkire la aq sengaje atau xsengaje...
yang pastinya tu smue 1 kslahan..
and aq ingin mnyusun 10 jari
(emmm...jari kaki nk kire skali x ekh??)
ingin memohon keampunan dari kalian semua...

0-o yo...

lagipon aq nih pon xbrape nk igt sgt ape yg aq dh buat...
(al-maklumlah suke makan semut goreng tepung...ahahhah..)
maafkan aq yer kawan2...



p/s: rayo nih jomputlah dtg umah aq...
kueh mueh bawak sndri yor...
hahahahha...
=P





:my dreams:


~ want to hold diploma..degree..master..phD certificates...
~ wanna 2 make my parents happy n proud of me..
~ wanna 2 make a lots of money with my own efforts..
~ wanna 2 get married with my "MR. RIGHT"...
~ wanna 2 have a very2 blessful n happy family

erti sebuah perpisahan.....

bukan niat aq utk melukakan kau...
tiada ertinya kita teruskan lagi...
andai tiada kebahagiaan di hati kau & aq..
mungkin...
kita akn temukan kebahagiaan dlm perpisahan....
insya Allah...
semoga kau dapat menemukan yg terbaik dlm hidupmu...

aq mengharapkan 1000 kemaafan darimu...
andai ada tersalah silap di mana2...

semoga tiada permusuhan di antara kita selepas ini...

Thursday, August 12, 2010

(=_=)

Ya Allah
jagalah kesucian diri kami
jagalah diri kami dari fitnah wanita
Ya Allah, pabila tiba masanya nanti,
Pertemukanlah diri kami dengan pendamping diri yang soleh dan solehah
yang bisa menjaga kesucian dirinya
dan juga bisa menjaga kesucian diri kami..

amin...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


::SeLaMaT BerPuAsA::

pejam celik pejam celik....
Ramadhan dtg ag...
dan buat kali keduanyer aq smbut kat bumi KL nih...
jauh dari family...
sedih gak sbb terpakse smbut Ramadhan yg pnuh barakah nih
jauh dr dorang...
and rindu gak nak gi bazar ramadhan kat UDA tu...
bubur lambok masjid UDA pon sedap gak...

...Tarawikh...
...Berbuka...
...Bersahur...
...Bersedekah..

semoga semua amalan kita semua diterima
oleh Allah swt..

amin~~

Thursday, July 29, 2010

9/10...

9/10 rezeki dtgnyer dri berniaga...
so...
wlupon tertutup 1 peluang...
insya Allah...
peluang2 laen masih bnyk...

kubisik ke hati ini:
"usah berdendam"
"usah mengharap pd yg bkn hak"
"redhakan hati...pasti ade yg terbaek yg menanti"
insya Allah....

Wednesday, July 28, 2010

sem 3...tahun2...

wah3...
dah tahun 2 dh...
rase cam tue lak bile adik2 pggl akk...
syg junior2ku yg comel2...

aq dh dpt ilham baru...
slepas mengalami sdikit kejatuhan...
dri segi pointer yg jtuh sket..aq akn naekkn lps nih...
sush x sush aq kne sngkan gak..
kene syg gak kat subjek tu wlupon aq alergik nombor..
tapi kalo dwet aq suke giler.. huhuh

subjek sem nih mkin tough and become more harder...
1. Marketing...
most loved subject diz sem...

2. Organizational Behaviours...
ok2 lor..

3.Institusi Islam...
klas asek xde jer..
buku pon xde ag...
tp dgr cite blaja psl kawen jep..
so i'm gonna love diz subject..
ohohoho...

4. Intermediate Economics...
lecturer: Pak Suhal Kusairi...
waduh3...
udah la ekonomi udah sush banget..
bila dicampur2 ama bahasa indon lagi gue pusing sih..
ama keluk2nya...lamda2...
pergh3...aq ley pusing kok...
ahahahhah...

5. Autocad & Lukisan Kejuruteraan (manual)
wah4...
ni lg la sush..
aq dh ar lampi sket bab2 komputer ni...
tambah2 lak tgn nih mmg xreti sgt bab2 mlukis nih...
mmg lazat berkrim la subjek nih pnyer tahap kesusahan die...
ahahahahah...

6. Financial Accounting II
last but no least...
sengaje aq letak last skali..
sbb subject nih sush thp dewa seyh...
kalo ngan En Mokhlis dlu aq ley" go" ar gak..
skrg...
xbrape nk "go" ar ngan subject nih...
sbb lecturernyer...
"okey tak??"
ahahahhaahah...

.'. pape pon aq kene syg n bermanje2 ngan smue subject nih utk mningkatkn pointer aq....
yeahhh....
i can do it baybeh...
huhuhuhuh....

Sunday, June 13, 2010

::24 Rahsia Di Sebalik Kentut::

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang TIDAK SENANG BERGAUL

Orang yang suka kentut apabila berkumpul dengan teman-temannya sahaja.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut

Saturday, May 29, 2010

Friday, May 28, 2010

aq pernah masuk "penjara"...

:: 28 Disember 2008 - 11 Mac 2009 ::
lepas jer SPM aq dpt "pinangan" dari Kem PLKN Padang Hijau Kluang...
aq dgn xberperasaan pon pegi la mendaftarkan diri kat kem tu...
3 bulan beb... 3 bulan... bukan sekejap...
macam2 yg dah aq alami & harungi kat kem ni...
tempat... kawan2... pengalaman...
semuanya adelah baru bagi aq...

ade 4 Modul semuanya yg disediakan oleh JLKN utk kami "khatamkan" sepanjang tempoh latihan PLKN ini...
1. Modul Fizikal
2. Modul Kenegaraan
3. Modul Khidmat Komuniti
4. Modul Pembinaan Karakter

awal2 tu... aq rase perghhhh... cam nak giler jer...
ye la... terkurung... xde connection dgn dunia luar...
hidup lak ala2 tentera...
terseksa weyh...
sampai aq ley tensioned dok situ...
tapi...
lama2, aq ley adapt dgn situasi & jadual seharian kat kem...
sedar xsedar...
tempoh 3 bulan dh abes...
bye2 kem PLKN PTH Padang Hijau...
banyak kenangan & hubungan baru tercipta di sini...

tapi... yg paling best...
aq dpt lead bace ikrar...
1 battalion beb... dlm 397 org gitu...
yg bangganya...
xpakai microphone der...
plus aq tgh saket tekak time tu...
tapi.. aq xpedulikan...
semangat nak lead bacaan ikrar lg power beb...

~alhamdulillah...selamat gak aq tamatkan PLKN aq tu~



::yeah!!! dah abes dah!!!::
We ♥ DELTA


Wednesday, May 26, 2010

sulit... sukar... susah...

"3S"

sulit untuk kite membaca hati org...

sukarnya untuk kita memuaskan hati semua pihak...

susahnya untuk kita menduga tindak-tanduk seseorang itu...


aq sebenarnya cuba utk memuaskan serta menyenangkan hati semua pihak...
tapi... xsemudah yang kita rencanakan...
mungkin dlm 100%... nisbahnya akn jd 80% Suka : 20% Xsuka...
dah mmg lumrah manusia macam tu...
hatinya sukar utk dipuaskan...
aq juge manusia biasa xterlepas dari cubaan ini...
aq redha...
aq tahu ini merupakan 1 ujian dalam proses utk mematangkan diri serta memantapkan lagi kesabaran & benteng keimanan dalam diri ini...
semoga aq "kuat" utk menghadapinya....
amin....

Sunday, May 23, 2010

this song is really meaningful...



::Shahir::
"Kebahagiaan Dalam Perpisahan"

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Friday, May 21, 2010

aku tak bersalah...


aq suke chatting...
dh lame aq xchatting...
tibe2 tadi..aq boring...
pastu aq chatting la jap...
ade la 4 org jer yg ok nk bbual yg laen otak blue..
so..aq ignore.. sorry.. tp mmg aq trpakse ignore..
tp dlm rmai2 tu.. ade sorang mamat nih..
die jobless... die umor 23.. sbb xder keje la makwe die tinggalkn die...
aq rase bkn sbb die xde keje.. tp sbb baran die...
die mule2 ckp die kecewa la..ape la..die ckp xmo cite mslh die..sbb xmo sdih..
ok.. aq lynkn jer die xmo cter.. aq mls nk pakse2.. nk citer..citer.. xmo dh...
tibe2.. die ley "tercerite" lak sgale msalah die..
aq dgr jer la.. nsihatkan ape ptut...
then.. aq reply la comment2 mmber2 fb aq jap... mamat nih cket pnyer sabar.. asek "BUZZ" jer... die igt aq xmo dgr msalah die lg...
die mengamuk sakan la... marah2.. herdik aq bukan2...
die tuduh aq yg "seret" die cite sgale mslah tu padahal die tak nak...
hello budak... awk yg nk bercerite ok... sy xsuruh pon..
so.. xder isu seret2 nih...
"Aku tak bersalah ok..."

Tuesday, May 18, 2010

learn how to appreciate...

aq sdg blaja cara2 utk menghargai peluang serta org2 yg ade di sekeliling aku...
aq xnak jd kejam sgt...
sampaikan xnampak pluang laen disebabkan “something” yg xtau menghargai aq...
xde gunenyer aq butekan mata & hati aq semate2 utk perkara2 yg mcm tu...
aq dh malas nk lyn perasaan yg setia sgt kat someone yg lngsung xlayak menerimanya...
aq dh penat sebenarnye...
maybe aq akn berikan peluang kat org yg tahu menghargainya...
aq dh letih nk tunggu si “siput” yg mmg slow...
ckp xfikir prasaan org... yg die tau hati die jer yg kite nk jage...
“bley jalan la” org mcm ni... tunggu la puteri kayangan yg mmg penyabar tahap dewa dgn awak tu...
Sorry to said all those words.... but you really deserve it....
So... I’m Sorry And Good Bye “DEAR”...
To all our bitter sweet moments.... it’ll be in my heart just for a nostalgic memories to remember not to hold... and not to think ‘bout it again...
Enough is Enough... let bygone be bygone...
And I’m promise not to cry over the split milk ever...
Just forget about it and Let’s build a new future and If God Wills.... I want a new “Hero” in my own “fairytales” story...
Hurmmm.... I’m a new person now... not the old one anymore...
I wanna say thanks a lot to my “advisor”... your advice really opened my mind, my eyes and the most important it also opened my heart to think about someone’s feelings and learn how to appreciate it....
Thanx....

Saturday, May 15, 2010

"it's all about braveness "

Girls are like apples on the trees.
The best ones are at the top of the tree.
The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt.
Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good but easy.
So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they are amazing.
They just have to wait for the right boy to some along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the trees ♥

Usah Berahsia...

Ketika engkau tidak mampu melepaskan fikiran dari material, walaupun hanya sehari,
Maka jangan katakan bahawa engkau telah melepaskannya,
Tetapi katakanlah bahawa, “Allah akan selalu mengawasi gerak-geriku”,
Jangan sesekali menyangka bahawa Allah akan lalai dari pengawalan-Nya terhadap kita, walaupun hanya sekelip,
Dan tidak ada sesuatu pun yang dapat kita sembunyikan luput dari ilmu-Nya,
Kerana bagi-Nya, tidak ada yang tersembunyi dan rahsia,
Apakah kita tidak melihat bahawa hari ini sangat cepat berlalu?
Sedangkan hari esok sangat dekat bagi mereka yang memang menantikannya.


p/s: Berzikirlah dengan nama Ar-Raqib dengan penuh keikhlasan hati, insya Allah akan dijaga daripada bahaya yang akan menimpa harta peribadi dan keluarga.

Thursday, May 13, 2010

.::Petua Dari Rasulullah s.a.w::.

“Kita dihidupkan bukan untuk tujuan bersuka-sukaan semata-mata.
Sebaliknya kita didatangkan ke dunia untuk tujuan yang baik, berbuat kebajikan dan melaksanakan tuntutan Allah.”

Berdasarkan ajaran Islam, seorang wanita (isteri) sebenarnya tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Ini bertujuan untuk membolehkan isteri mencurahkan sepenuh perhatian kepada urusan rumah tangga, mendidik anak dan membesarkan mereka. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, “Rasulullah bersabda, “Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun hakikatnya hari ini, tuntutan semasa yang begitu mendesak lantas memaksa golongan isteri supaya keluar rumah bergandingan bahu mencari nafkah untuk membantu suami mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Komitmen sebagai isteri, ibu dan juga pekerja kepada majikan, secara tidak langsung menjadikan wanita begitu lelah yang kadangkala tidak mampu ditanggungnya sendirian.

Ramai isteri yang berkerjaya mengimpikan pembantu untuk meringankan urusan rumah tangga. Namun jika si suami memahami keadaan si isteri, maka beban di rumah dapat dikurangkan dengan saling membantu dan bertolak ansur. Lebih daripada itu, insya Allah kerjasama itu dapat memekarkan serta menyuburkan kasih sayang suami isteri kerana masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Rasulullah tidak ketinggalan prihatin akan masalah keletihan para isteri dalam menangani kerja rumah. Dalam hadisnya baginda menitipkan petua yang jika diamalkan akan memberikan jiwa yang tenang, hilang keserabutan dan keletihan.

Dari Abu Hurairah katanya, Fatimah meminta daripada Rasulullah (bapanya) seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Rasulullah, “Engkau tidak akan mendapatkannya daripadaku. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.”
(Riwayat Muslim)

Saturday, May 8, 2010

.::1st try::.

::futsal::

cuti sem nih aq xtau nak watper...
dok umah..gi blaja moto..hang out ngan mmber2..on9..n plg bagus pon aq memasak..
:P
so...
biler akak aq ajk aq join die ngan member2 die gi maen futsal...
aq dgn berfikiran pendek pon setuju nak join dorang...
sambil blur2 and excited tunggu ari yg dijanjikan..

>ari yg dinanti pon tibe<
lepas mandi n siap2..
aq pon ikot akak aq pi kedai basikal sbb nak temankan die pamkan bola...
abes pam..aq merempit la moto ayah aq balek umah..
suddenly jmper mmber lame..zubair yg nk pi karaoke..bual2 jap..
pastu balek umah..pakai stoking..pakai kasut aq pon beria2 semangat nak maen..siap bwk sling bag ag...
igtkn nak gi maen kat dewan tertutup kat mane tah...
rupe2nyer...
akak aq booking dewan futsal terbukak MBJB..btol2 kat dpan umah aq...
cesss...beriye2 aq bersiap..rupe2nyer maen kat depan umah jer...
hahahahah....
aq xreti maen seyh..segan tahap sipot aq nak masuk gelanggang..sbb xtau maen n xtau rules..
aq igtkan aq sorang jer xtau maen..rupe2nyer mmber2 akak aq pon xpndai maen gak..kteorang maen redah jer..maen nak eppy2 gtu.. huhuhuh...

1st tu..kteorang maen kite2 jer.. tibe2 datang lak sekumpulan minah2 free hair yg cun2 tahap suam2 kuku gitu...
dorang ajk friendly match gitu..
kiteorang pon agk berat nak setuju..sbb die bukan bawak geng jer beb..tapi siap bwk coach n referee gak der...
kiteorang dh gigil tahap puyuh dah nih...
tapi sbb die kate maen saje2 jer..
kiteorang pon tnpe memikirkan risiko..
maen setuju jer...
ala..redah jer la.. bkn luak pon..lg tambah experience ade ar..

permainan 2 set = 10 minit..
set pertame kiteorang seri 0-0...
set kedue kteorang dikerjekan secukup2nyer oleh geng minah2 ala2 cun gitu...
kalah 3-0 der..
malu mmg la malu sbb kalah..nak2 penat ag..
tapi yg penting kiteorang enjoy giler...

majulah futsal di dewan terbukak MBJB UDA...nak2 utk awek2 yg cun..and balak2 yg hensem2..
ahhahaha...just kidding....
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
pesanan oleh pihak penaje...
wawawawa~~



Wednesday, April 28, 2010

.::renungan bersama::.


Marah adalah salah satu sifat mazmumah (tercela, terkeji, terhina) yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang. Tidak semua sifat marah dilarang, ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah. Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.

Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Marah yang dipuji - Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan ALLAH S.W.T. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap ALLAH SWT kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan perlanggaran larangan ALLAH dianggap sebagai orang yang lemah iman.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman.”

Sikap untuk mengubah, menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesuatu perkara. Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kita dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca, memukul atau tindakan-tindakan yang negatif.

2. Marah yang dicela – Perasaan marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah ALLAH SWT atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum ALLAH SWT, marah dengan usaha dakwah, marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain. Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati Islam. Mereka menunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran Islam diamalkan dalam kehidupan manusia.

3. Marah yang diharuskan - Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah ALLAH SWT dan tidak melampaui batasan. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah swt seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.

Firman ALLAH SWT maksudnya, “Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain, dan Allah suka kepada orang-orang yang baik.”
Kesimpulannya, wajib marah apabila hak ALLAH dilanggar, haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan, siapa yang marah dengan kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang. Manusia dari sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat, iaitu:

Pasif : Orang yang tiada perasaan marah, hilang dari dirinya sifat marah.

Agresif: Orang yang pemarah, baran, tidak mampu dikawal oleh akal dan agama, hilang kewarasan diri ketika marah.

Moderet: iaitu pertengahan, orang yang dapat mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.

Tips Membendung Kemarahan

Diantaranya ialah:

1. Membaca ta’awudz yaitu, “A’uzubillahi minasyaitaanir rajiim.”

2. Mengingat besarnya pahala orang yang mampu menahan kemarahannya.

3. Mengambil sikap diam diri, tidak bercakap.

4. Duduk atau berbaring.

5. Memikirkan betapa hodohnya penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah.

6. Mengingat betapa besarnya balasan bagi orang yang memaafkan kesalahan orang lain.

7. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan kerana semua itu termasuk perangai orang-orang bodoh dan jahil.


Renungan; Sekiranya kita dapat mengurus kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia.

Monday, April 26, 2010

.::TeMaN SeJaTi::.


Alangkah indahnya jika kita mempunyai teman yang setia dalam semua keadaan, baik di saat suka mahupun di saat duka. Alangkah senangnya jika kita dapat berkongsi apa yang kita rasakan. Alangkah senangnya jika ada orang yang memahami kita. Dan itulah gunanya seorang teman.

Sebelumnya marilah kita merenung sejenak. Kita menginginkan mempunyai teman yang setia, yang dapat berkongsi segalanya dengan kita, yang memahami diri kita… Namun persoalannya, apakah kita sudah menjadi seperti itu?

Apakah kita sudah menjadi teman yang setia dalam semua keadaan? Sudahkah kita memberikan yang terbaik untuk teman kita? Mahukah kita fahami teman-teman kita?

Mari kita renungkan. Siapa yang akan memulakan semua itu kalau bukan kita sendiri? Orang lainkah? Haruskah kita menunggu orang itu, jika kita dapat melakukannya?

Ingin mempunyai teman yang setia? Jadilah teman yang setia terlebih dahulu bagi teman anda. Ingin mempunyai teman yang memahami diri anda? Jadilah teman yang memahami mereka terlebih dahulu.

Jika dapat kita lakukan hari ini, lalu mengapa harus menanti hari esok? Seorang teman sejati sukar dicari. Maka jadilah teman sejati bagi temanmu, maka kamu akan menemui teman sejati itu.

Seorang teman sejati takkan lenyap kerana waktu, takkan lenyap kerana jarak, takkan lenyap walaupun kita berubah. Teman sejati selalu setia dan melakukan semua untuk kebaikan kita. Alangkah bahagianya mempunyai teman seperti itu.

Apakah kita hanya mahu menerima itu? Lantas siapa yang memberi jika semua orang berfikir seperti itu? Alangkah baiknya dan sudah seharusnya bagi kita untuk memberi.
"Bukankah tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima..."

Mungkin kita terpisah oleh ribuan batu. Apa yang dapat kita lakukan untuk teman kita? Berdoalah untuk mereka.

Jadilah seorang teman sejati, maka kamu akan memiliki teman sejatimu.

Sunday, April 25, 2010

.::Kau Yang Bernama Lelaki::.


Kau yang bernama lelaki
Lahirmu di sini sebagai seorang pemimpin
Lahirmu jua untuk melindungi yang lain

Jangan engkau pesongkan amanah yang telah diberikan
Jangan engkau abaikan tanggungjawab yang telah diserahkan
Jangan engkau khianati kepercayaan yang telah diucapkan
Dan jangan engkau abaikan janji yang telah kau lafazkan

Jadilah seorang lelaki yang beriman
Jadilah seorang pemimpin yang adil
dan jadilah pelindung kepada yang perlukan perlindunganmu

Berbanggalah kerana dirimu dilahir untuk menjadi pemimpin
Beruntunglah kerana dirimu dipilih untuk melindungi wanita

Ayuh… kita martabatkan peranan masing-masing.
Bantulah mereka yang bergelar wanita untuk merasai diri mereka dilindungi.
Perlukan perlindungan bukannya bererti mereka lemah.
Tetapi ianya satu penganugerahan yang membantu memartabatkan maruah mereka.

.::bOwLiNgHoLiC::.


aq pon xtau ape name spesifik kegilaan baru aq nih...
tapi ape yg pasti aq dh betol2 jatuh cinte ngan bowling nih...
smpai addicted giler...
minggu ni pon aq maen bowling smpai 3 kali...
selase...khamis..sabtu...

~precious time~
selase & khamis aq pegi maen ngan member2 baek aq n senior2 aq yg mmg giler2 kepalenyer...
happy giler spent time ngan dorang...
ari sabtu lak gi ngan myra (adik sepupuku) & chik nor (isteri uncle aq)...
teman dorang training utk tournament keesokan harinyer...
maen pnyer maen, tibe2 ade 1 guy nih maen kat lane sblah kiteorang...
gaye die maen mmg superb...
n he has his own style...
kiteorang lak maen mmg maen hentam keromo jer...
myra lg la..
bola asek masuk longkang jer...
huhuhuhu...
tp yg xsangke tu die tegur kiteorang...
n ajr care yg betol utk baling bola...
at last kiteorang pnyer care maen improve la gak...
thanx to Mr. P @ Farhan...

.'. conclusionnyer maen bowling buatkan aq dpt release tension n had a very2
happy time...

Wednesday, April 21, 2010

.::20hb. April 2010::.


Selasa... 20hb. April 2010...
salah satu tarikh yg sgt istimewa dlm lipatan sejarah kehidupanku selama 19tahun 1bulan 26hari ini...

~ENJOY GILER~

4 kepala yg mmg gile2 bercampur menjadi 1...
mmg havoc giler...
aq.. an.. dgn 2 abg seniorku yg mmg kepala ting tong set 1 date utk lawan bowling...
aq dgn an mmg xreti sgt maen bowling nih..
naseb baek abg seniorku sudi memberikan sedikit ilmu ke"bowling"annyer kpd kami..
die pnyer gaye mmg mahal la beb... tip top giler...

janji pukul 2.30ptg...
tapi aq dgn an tunggu lame giler..
dah macam si "Kira Kaki" tunggu kat tempat bas dari ptg smpai ler ke malam..
lame tu kiteorang tunggu 2 org mamat ni dtg kat tmpt bowling tu..
selepas hmpir 30 minit kiteorang tunggu...
sorang ckp on d way.. (tp xsmpai2 gak..katenyer ke bngkel..moto mmber "sakit")
sorang ckp lg 20 minit sampai.. (sekali 40 minit kemudian baru smpai)

At Last..
aq booking gak game bile sorang seniorku dh smpai..
tauke tmpt bowling nih garang wo..
cam dinosaur garangnyer... huhuhu
asek nak marah jer kejenyer....

~Pertarungan yg ala2 Sengit pon bermule~
abg seniorku yg sorang nih terer maen bowling.. nak2 time die wat gaye tu..
die dgn xkedekutnyer pon menurunkan sedikit ilmu die kpd aq dan an..
tgh maen2 tu...
VVIP yg dinanti pon sampai dgn muke xbersalah... n tersengih2 cam budak2 dpt gule2...
dgn lagak selamba dia pon join kiteorang maen bowling...
1st turn is an..
2nd aq..
3rd encik gaye terhebat...
4th si muke selamba...

maen pnyer maen... 2 game pon abes..
dua2 game dimenangi oleh Encik bermuke selamba...
die dgn muke selambe+bangge+sedikit bongkak tu happy giler dpt kalahkan kami ber3..
tahniah2...
:)

~Tempat Maen Game~
tempat maen game nih kat sebelah jer tempat bowling tu...
kiteorang cam kanak2 riang ribena nih pon menyerbu masuk tmpt game tu...
macam2 game kiteorang maen..
tp yg plg addicted giler game ala2 carom campur ping pong tu...
ade lebih sepuluh kali kot kiteorang maen game tu..
kecoh giler kiteorang maen game tu...
kiteorang maen sampai lebam wo..
:P

~Balik Time~

malam.....

~ "Aqiqah Burger" bersama2 warge burger ~
setelah penat berkerja utk sem nih..
bos kiteorang dgn baek hatinyer memberikan "green light" kpd kami semua utk kenduri burger sepuas2nyer..
aq dgn bantuan nisah dgn secare xlangsung jd Ketua Chef utk masak hidangan sampingan utk malam tu...
1)roti telur+cheese
2)scrambled egg+cheese
3)coleslaw+chicken
4)daging burger ayam+lembu
air sirap jer la yg ade..

dif2 kehormat utk menjamu selera malam tu nada, an, nisah, abg izzat n bos...
p/s: kpd waniey.. sorry sgt sbb ko tak dpt join skali.. sbb ko nak exam kan.. tp xper nisah dah tapaukan utk ko... kalo nak wat keesokan harinyer xdpt kot.. sbb an balek.. sorry sgt...

.'. conclusionnyer... hari nih sgt memenatkan... tapi still Enjoy Giler...

*sekalung penghargaan kpd warge2 burger sekalian terutame sekali kpd Bos kami yg hot...huhuhu...*

.::melepaskan rindu::.


dah lame xmnulis....
rase rindu sgt2...
keinginan nk mnulis tu sentiase membuak2...
tapi bnyk faktor2 yg membataskan masa aku utk menulis...

1)Final Exam.. yg memerlukan 110% perhatianku... masaku.. tenagaku..
kerana mahukan results exam yg OK... aq terpakse bercerai semantare dgn pelbgai
kebiasaanku.. spt: on9.. bace japanese manga.. dan sms dgn mmber2...

2) Kedai Burger.. kedai yg dinaungi oleh abg seniorku ini juga sgt menuntut
perhatianku.. seniorku yg sgt sibuk dgn final serta projek tahun akhirnya juga
tidak punya bnyk kelapangan waktu utk mengawal selia kedai burgernya ini.. 2 org
rakanku juga sibuk menumpukan kpd final... jadi dlm sibuk2 aku kpd final.. aku
tetap akn dtg mengawasi perniagaan ini.. al maklumlah, kedai ini spt anak kecil yg
memerlukan perhatian.. kadang2 rakan2 ku juga akn turut serta dtg melihat2 kedai..
dek kerana terlalu sibuk, seniorku sukar utk dtg menjenguk2 kedai burgernya..
mujurlah ramai dalam kalangan pelangganku sgt sporting & sgt berdikari utk membuat
menu yg mereka mahu... cuma segelintir shj pelanggan yg memerlukan kami utk
membuatkan pesanan mereka...

3) Laptop bukanlah temanku semasa final... final telah memberiku pendamping baru
iaitu buku2 subjek yg aq ambil sem nih.. sebelum ni nk berulit dgn buku2 ni
semua??? jawapnyer dalam mimpi jer la... kalau tak ade test ker quiz ker.. nak
Final ker... sorrylah.. nk pegang buku pon cam berat jer tangan nih.. huhuhuh...

music

Tumblr Blogger SCM Music Player