...

cute

Sunday, April 25, 2010

.::Kau Yang Bernama Lelaki::.


Kau yang bernama lelaki
Lahirmu di sini sebagai seorang pemimpin
Lahirmu jua untuk melindungi yang lain

Jangan engkau pesongkan amanah yang telah diberikan
Jangan engkau abaikan tanggungjawab yang telah diserahkan
Jangan engkau khianati kepercayaan yang telah diucapkan
Dan jangan engkau abaikan janji yang telah kau lafazkan

Jadilah seorang lelaki yang beriman
Jadilah seorang pemimpin yang adil
dan jadilah pelindung kepada yang perlukan perlindunganmu

Berbanggalah kerana dirimu dilahir untuk menjadi pemimpin
Beruntunglah kerana dirimu dipilih untuk melindungi wanita

Ayuh… kita martabatkan peranan masing-masing.
Bantulah mereka yang bergelar wanita untuk merasai diri mereka dilindungi.
Perlukan perlindungan bukannya bererti mereka lemah.
Tetapi ianya satu penganugerahan yang membantu memartabatkan maruah mereka.

No comments:

Post a Comment

music

Tumblr Blogger SCM Music Player