...

cute

Thursday, May 13, 2010

.::Petua Dari Rasulullah s.a.w::.

“Kita dihidupkan bukan untuk tujuan bersuka-sukaan semata-mata.
Sebaliknya kita didatangkan ke dunia untuk tujuan yang baik, berbuat kebajikan dan melaksanakan tuntutan Allah.”

Berdasarkan ajaran Islam, seorang wanita (isteri) sebenarnya tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Ini bertujuan untuk membolehkan isteri mencurahkan sepenuh perhatian kepada urusan rumah tangga, mendidik anak dan membesarkan mereka. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, “Rasulullah bersabda, “Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun hakikatnya hari ini, tuntutan semasa yang begitu mendesak lantas memaksa golongan isteri supaya keluar rumah bergandingan bahu mencari nafkah untuk membantu suami mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga. Komitmen sebagai isteri, ibu dan juga pekerja kepada majikan, secara tidak langsung menjadikan wanita begitu lelah yang kadangkala tidak mampu ditanggungnya sendirian.

Ramai isteri yang berkerjaya mengimpikan pembantu untuk meringankan urusan rumah tangga. Namun jika si suami memahami keadaan si isteri, maka beban di rumah dapat dikurangkan dengan saling membantu dan bertolak ansur. Lebih daripada itu, insya Allah kerjasama itu dapat memekarkan serta menyuburkan kasih sayang suami isteri kerana masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Rasulullah tidak ketinggalan prihatin akan masalah keletihan para isteri dalam menangani kerja rumah. Dalam hadisnya baginda menitipkan petua yang jika diamalkan akan memberikan jiwa yang tenang, hilang keserabutan dan keletihan.

Dari Abu Hurairah katanya, Fatimah meminta daripada Rasulullah (bapanya) seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Rasulullah, “Engkau tidak akan mendapatkannya daripadaku. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.”
(Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment

music

Tumblr Blogger SCM Music Player