...

cute

Tuesday, November 29, 2011

100th


hehe

lama da tak jenguk blog

rindu seyh

actually banyak benda nak story

tapi tak ade masa jerp

kalo nak buat post lak la

tetibe je semua idea nak story lesap tah ke mana

by d way

this is my 100th post

since join blogger on March 2010

happy 100th post my dear blog ♥




Monday, October 24, 2011

business?? no..no..



blog ni

tempat khas untuk aku:

|bercerita|

|potpetpotpet|

about my thoughts, opinions & experience


BUSINESS??

bukan xminat beb
aku sangat2 minat berniaga
tapi nak guna blog aku yg agak berbaur personal ni
untuk tujuan2 business
such as promoting & advertising?

|fuhh..tak sesuai kot|

SORRY!

ada je member aku minta aku tlg iklankan barang2 dorang

tapi aku tolak secara baik

yang mana faham tu xpe la

ini yang dok asyik desak2 je

rimas bhai..

when i said no, it's forever no

why not anda buat 1 blog yg mmg khas utk promote brg ko tu

it much more better, dude..

so, pasni..kalo ada yg minta tlg tu
bkn aku kedekut ke ape
tapi
ini blog untuk wa bercerita je

bukan untuk buat business


thank you



(^_^)v

Sunday, October 9, 2011

no...no...no...


TAMAK


"Ya Allah
kau jauhilah hamba-Mu ini
dari sifat tamak & iri hati
pabila melihat kejayaan insan lain"


hati aku tersayat pilu
bila aku mengetahui
saudara kesayangan sahabatku
dibunuh kerana insan lain tamakkan hartanya
diragut nyawanya kerana iri hati
terhadap kejayaan yang dimilikinya

Ya Allah

kuatkanlah hatinya
semoga dia & keluarga tabah
dalam menghadapi ujian-Mu itu

Amin


::Moral of the story::

sifat tamak hanya membawa keburukan

jauhi sifat tamak & iri hati terhadap kejayaan insan lain

seharusnya kita perlu berdoa

agar dimurahkan rezeki mereka & kita juga

barulah kita boleh hidup dgn tenang & bahagia

Insya Allah


Thursday, September 29, 2011

chaiyok..chaiyok,..


oohhhoooiiii!!!


final exam just at the corner
bkn
around the corner da
;p


sekarang da start study week
next week da start final exam
tapi
ramai yg masih study weak
(termasuk ar yg tgh type nih)
hehehe


anyhow
by hook or by crook


aku kena perform this sem & next sem

final year da bhai!!

yeahh!!

chaiyok!!

m(^_^)m




Friday, September 2, 2011

Thursday, August 25, 2011

B & G


B & G

stands for boys & girls

bukan nak cerita pasal cintan cintun

tapi nak cerita pasal zaman sekolah aku


TADIKA
dulu aku tadika kat Taski ABIM
kecil2 lagi dah pegi sekolah pakai tudung
seragam serba hijau+putih
paling best sekolah aku dulu depan kubur!
*gulppp..*
kat sini belajar baca doa
doa ibubapa..penerang hati..etc
lagu2 English cam 'Mary had a lil lamb'
langsung aku tak tahu
tapi ada aku kesah?
janji dapat doakan mak ayah aku hari2


SEKOLAH RENDAH
Sekolah Keb. Bandar UDA (2)
SKBU(2)
dari darjah 1-6
sekolah ni campur lelaki perempuan
tapi time ni hingusan lagi la
mana la tau cantik2 lagi
pergi sekolah nak belajar je
tengok dak lain da mule start kapel2
'wah..advance dak2 ni.."
(=_=)"


SEKOLAH MENENGAH
Sultan Ibrahim Girls' School
tiba2 naik sekolah menengah
aku pandang kiri, kanan
aku pandang depan, belakang
semua perempuan
wahh~~
nasib baik ada ustaz & cikgu lelaki 2, 3 kerat
mmg awal2 rasa pelik
tapi lama2 ok je
pernah sekali ayah aku tanya:
Mr. Ayah: "best SIGS?"
Miss. Anak: "boleh la..tapi tak nampak lelaki pon.."
Mr. Ayah: *hanya mampu tersenyum dgr komen anaknya*

habis zaman sekolah
masuk zaman universiti lak

aku tiba2 teringat pesan cikgu aku dulu

"Jangan bercinta time sekolah..
cari pakwe kat universiti nanti.."

bila kat U pulak, lec cakap

"Belajar dulu, nanti2 baru bercinta..
kejar Dean's List
nanti cinta akan kejar kita.."

(@_@)"

mana satu la agaknya

yang penting

sekarang ni

belajar sampai habis
dapat result gempak
dapat kerja bagus
bahagiakan mak & ayah kita

Insya Allah

bahagia itu pastikan datang dgn sendirinya

(^_^)



Tuesday, August 23, 2011

next plan


sekarang aku da dalam tahun akhir diploma

&

sejak akhir2 ni

aku asyik terfikir lepas diploma ni nak buat apa

"nak sambung study ke kerja?"

aku rasa persoalan ni mmg akan muncul
dalam kepala kawan2 aku yang 1 batch dgn aku

pilihan yang ada sgt banyak


1. Sambung Study

benda ni 80% dari kalangan student diploma nak buat
sebab
fikir diploma sekarang nak cari kerja sgt susah
competition sgt bnyk
dan sementara minat nak belajar ni masih ada
semangat utk sambung study tu sgt tinggi


2. Kerja

20% dari kalangan student diploma pula nak kerja!
kenapa?
sebab dorang da tak minat nak study
mungkin juga dorang minat nak study
tapi peluang kemasukan ke ipta tak ada
dorang akan kerja & buat pengajian jarak jauh


3. Duduk kat rumah jer

bagi kaum adam: dorang nak relax2 dok kat umah
dok "tanam anggur & ternak lemak"
hahaha
bagi kaum hawa: dok umah tunggu org masuk minang
dok tajamkan skill2 memasak & kemas umah


hurmm
walau ape pon pilihannyer

pastikan ianyer yg terbaik utk korang

bagi aku lak
parents aku memang da tetapkan amek degree dulu
pastu baru ley kerja

aku lak mmg nak sambung study lg
cuma
sedang berkira2 lagi
course apa yg sesuai dgn jiwaku ini

hehehe

all the best

utk

aku & korang juga

(^_^)



Monday, August 22, 2011

Call @ Msg


orite

kalau korang nak berhubung dgn someone

in case ada hal yang korang nak sampaikan atau nak tanye

korang akan pilih option yang mana 1

CALL terus atau MESSAGE je?

pada aku dua2 ada pro & cons

for example

kalau kita CALL org tu terus:

+Positif+
  • kita akan dapat bercakap secara lisan dgn orang tersebut
  • kita tak perlu menunggu dia untuk balas msg kita
  • cara ni lebih mudah untuk dapatkan respons secara langsung dari dia
-Negatif-
  • kita tak tau masa kita call tu sesuai @ tak..kot2 dia tgh meeting ke
  • kita dah 'murah hati' korbankan kredit @ bil kita utk CALL dia
  • mungkin kita akn gagap jika si dia mempunyai suara yg merdu

kalau kita MESSAGE je:

+Positif+
  • kita dapat menjimatkan kredit dgn menghantar msg jer
  • kita tak akn ganggu dia jika dia sdg meeting dsb
  • kita ada masa utk karang ayat2 manis utk dibaca si penerima
-Negatif-
  • dia akan anggap kita syg sgt kredit kita..sbb kita hanya msg je
  • kemungkinan besar msg takkan di'reply' on the time
  • kemungkinan juga pihak di sana tak ada kredit nak balas msg kita

so..mana satu pilihan korang sekarang??

aku pulak selalunye akan CALL teros je kalau ada apa2 yg penting

tapi kadang2 tu aku akan MESSAGE je

yg paling parah kalau datang mood malas

aku takkan CALL @ MESSAGE

heee~~

aku suruh member aku yang CALL @ MESSAGE kan bg pihak aku

kira cam bos lak

ade P.A. gitu

(^_^)


Friday, August 5, 2011

it's from my bff






p.s. thanks..


Thursday, August 4, 2011

my little sayang



ada dua orang budak comot





sorang lelaki
sorang perempuan





both are my little niece & nephew




hasif & syuhada




degil..keletah..petah..
baik..patuh..comel..





sentiasa terhibur dgn keletah dorang





hasif said:
"cik qila, syuhada bad mood.."
;p





p.s. Cik QiLa syg hasif & syuhada..
xmo nakal2 okie..
kalau nakal..
cik qila ikat kat tiang lampu depan rumah..
LOL!!




Friday, July 22, 2011

yummy ♥


cakes??

selalu orang mesti kaitkan cakes dgn birthday

huhu

ada aku kisah

birthday tak birthday

sebab

aku tak suka makan cakes

tapi orang cakap

rezeki jangan ditolak bila ada orang offer nak belanja

hehehe

al-kisah di sebuah cafe cakes'

jeng jeng






tak take-away pon
makan kat situ gak




^choc indulgence^
cake pilihan mata
sebab mana aku tau sedap ke tak
ni pon Mr. Cashier yang suggestkan
haha
by the way
sedap



^iced lemon tea^
air
ni beli pon sebab da rambang mata pilih
at last
iced lemon tea gak kena bedal



^mango delight^
next time
mesti kena try gak
next time
kena cari next tukang sponsor gak
hehe
thanx a lot




::tema makan kali ni::

"rezeki di hari jumaat yang indah"

alhamdulillah


Wednesday, July 20, 2011

ada aku kisah




anda cakap
" boyfriend aku anak Dato' "

ADA AKU KISAH


anda kata
" family aku semua skema, baju semua nak 'tuck in' "

ADA AKU KISAH


anda sibuk potpet potpet
" ada makcik tu dok berkenan kat aku,
dia kata aku ni cun melecun "

ADA AKU KISAH


anda dok kecoh satu kampung
" ohoii..ayah aku belikan aku EVO 10 "

ADA AKU KISAH


anda beritahu
" tadi ada mamat hensem dok usha2 aku "

ADA AKU KISAH


anda berlagak seperti Mami Jarum Junior
" hang tau, si mamat tu dah la tak kacak
pastu kena tangkap mencuri telur ayam kat kampung sebelah "

ADA AKU KISAH


anda dok bangga tahap kembang kempis hidung
" aku ni pandai mengalahkan Albert Einstein,
permainan DOTA tu akulah yang reka "

ADA AKU KISAH




abang..kakak..adik..
siapa pon anda
termasuk diri aku sendiri

kadang-kadang

tak semua yang keluar dari mulut kita ni orang suka

kadang-kadang

orang malas nak dengar
tapi
pura-pura tekun mendengar

kalau cakap perkara berfaedah tak pe la kot
ni dok bercakap benda2 yang tak perlu
benda kecil dibesar-besarkan

orang cakap macam mulut tempayan
tapi aku rasa mulut tempayan tu pon boleh ditutup lagi
mulut manusia ni
adeyh.. (=_=)"
susah nak control

bila tengah menaip macam aku ni je
mulut akan tertutup
tu pon kadang-kadang terbuka gak
sebab?
menguap la
mengantuk meyh

ok la

salah silap harap maafkan
sekadar satu peringatan
buat aku
kau
kau
dan
kau

hehehe




sekian


Monday, July 18, 2011

semangatku kekuatanmu



andai kau tersesat dalam kegelapan
hadir diriku sebagai cahaya


andai dirimu merasa kehilangan
adanya aku sebagai teman


jika kau memerlukan kekuatan
semangatku tersedia buatmu


hampa yang cuba menjengah
usirlah ia segera
usah biarkan keyakinanmu diganggu gugat


yakin & percayalah

pada kasih Ilahi

usah diragu

insya Allah

pastikan hadir apa yang kau mahukan


wallahua'lam






Thursday, July 14, 2011

♥ doa itu suara hati ♥




jika doamu dimakbulkan
tandanya Allah menyayangi dirimu


jika doamu lambat dimakbulkan
tandanya Allah ingin mengujimu


jika doamu tidak dimakbulkan
Allah merancang yang terbaik untukmu






bersangka baiklah kepada Allah dalam apa jua keadaan
kerana
kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-NYA


wallahua'lam



Wednesday, July 13, 2011

I'm Sorry


'SORRY is the hardest word to say'





ye ke macam tu?

susah untuk kita lafazkan frasa 'maaf'
baik kepada teman-teman..adik beradik..
mungkin ibu bapa dan juga pasangan hidup kita?

mengapa agaknya?
mungkinkah kerana ego?
masing-masing mahu menang & tak mahu mengaku kalah
rugikah kalau kita mengaku kalah?
atau mungkin bila kita berkata 'maaf' sebenarnya kita sedang menang

bagi aku
lebih baik mengucapkan kata 'maaf'
daripada dibiarkan 'perkelahian' berterusan

tak susah pun
malah maaf tidak perlu dibayar dengan wang ringgit
kita hanya bermodalkan air liur aje

mungkin tercalar sedikit perasaan kita
namun calar itu membawa seribu kemanisan
kerana kata 'maaf' itu terus merapatkan silaturrahim kita
(tak salah kalau kita tak agungkan rasa ego kita tu)


kadang-kadang kita tak rasa bersalah
dan mungkin kita tahu
pihak 'di sana' itulah yang bersalah
tetapi bila kita memohon maaf
sebenarnya secara tak langsung
menunjukkan keikhlasan hati kita
dan tentunya yang di sana akan lembut hatinya

tak rugi beb!!

malah memang menguntungkan
(berbaloi-baloi)
tak kiralah dalam apa jua hal
terutama sekali bila urusan 'rumah tangga' yang dikaitkan
(opsss..asal cite pasal rumah tangga lak ni..hehehe..)

dengan berkata 'maaf' banyak perkara dapat dipulihkan

bila kita yang menghulurkan 'kemaafan'
di sana akan terusik hatinya
kalau dia degil, akan cairlah hatinya
kalau dia jenis kasar, akan tersentuh jua hatinya
Insya Allah

berkata 'maaf' itu menunjukkan sifat sabar yang ada pada kita

jadi
kalau korang tengah tak ngam dengan sesiapa sekalipun
usahakanlah untuk meminta maaf
agar yang keruh akan berubah menjadi jernih
yang marah akan menjadi sejuk
yang benci akan lupa segala-galanya

Wallahua'lam



p.s. aku nak minta maaf gak..kot2 ada tersakitkan hati sape2..sowii ekh...







Wednesday, July 6, 2011

♥ Insya Allah ♥


Ya Allah,

Kurniakanlah aku jodoh seorang lelaki berkemampuan menjaga diriku
sepanjang umur hidupku ini..

Berkemampuan menggantikan ayah dan ibuku...

Sanggup melindungiku seumur hidupku
dari kecelakaan serta bahaya dan fitnah dunia..

Pandai menjaga darjat diri..

Berkebolehan dalam urusan rumah tangga..

Mempunyai sepenuh kepercayaan terhadapku sebagai isteri..

Rajin, berpimikiran luas dan tidak makan hartaku sebagai isteri..

Mudah memaafkan..

Serta datang dari keturunan yang baik baik..

Dan rajin beribadah..


Amin ya rabb..



"Sesungguhnya wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).."
An Nur: 26




(,") ♥ (",)

::Jadilah wanita yang terbaik untuk lelaki yang terbaik::

(,") ♥ (",)


Saturday, July 2, 2011

jarang-jarang


jarang-jarang

kadang-kadang

dah macam dialog cerita P. Ramlee lah pulak

okie

sesuai dengan tajuk entry kali ni

aku nak cerita pasal budak U yang dok belajar jauh dari family

contoh paling dekat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haaaa...
yang tengah dok baca post ni la
tak yah nak toleh kiri kanan dah
kau la
heee~~

tak la
aku la contohnya

aku anak perempuan bongsu
chup..chup..
jangan nak cakap aku manja ekh

jauh Pluto dari Marikh ok
(ekh..betol ke peribahasa aku ni??)

aku rasa kalau belajar jauh2 dari family ni bagus
dan tak selalu balik rumah pon lagi bagus

Kenapa??Why??
..haaa..
ni la yang aku nak habaq mai kat korang ni

1. Rasa Rindu Yang Membuak2
kehkehkeh
cam saspen je ayat aku guna
bila dah lama tak balik rumah
dah tentu2 la perasaan rindu family dan kita akan mencurah2
time ni la kita akan lebih appreciate hubungan family kita
sebab kita jarang2 jumpa

2. Jadi Putera & Puteri
dah nama pun tak selalu balik kan??
dah tentu la bila sekali sekala balik
kita akan dilayan bak Tuan Putera & Puteri
segala keinginan kita akan dipenuhi
cakap je nak makan apa
tempoyak??asam pedas??sambal petai??
semua dapat
tapi jangan nak demand lebih2 pulak
takut2 nanti
korang kenyang makan penampar jepun mak ayah korang lak
ahaksss~~

3. Jimat Cermat Membawa Berkat
dah nama pun belajar jauh dari rumah kan
mesti la tambang bas, keretapi, kapal selam mahal jugak kan?
bila dah jarang2 balik ni
mesti la korang dapat save duit sikit kan
boleh la korang pergi karok ke..layan movie ke..bowling ke..
ahahha
ni cadangan2 yang hampeh..
(ceyh..padahal aku pon sama gak)
better korang simpan duit tu utk bekalan hari tua korang
opsss...untuk standby kes2 kecemasan
kot2 la korang nak guna untuk assignments ke..projek ke..


apa2 pun
sejak dok belajar jauh ni
aku lebih pandai masak kari
ekh2..berdikari
tak reti nak homesick sangat
dan
"FAMILY COMES FIRST"
okayyy~~

(^_^)


Friday, July 1, 2011

mari belajar 123...



kalau balik rumah

automatik aku akan jadi cikgu

heee~~

sah2 la jadi cikgu pada 2 org anak sedara aku

dua2 petah cakap

yg abg umur 5 tahun
dah pergi tadika
tadika KEMAS you..
sejak masuk tadika KEMAS ni la dia jadi pandai sikit
kalau masa dia umur 4 tahun hari tu
mak dia masukkan kat SMART READER KIDS
huh~~
da la yuran cekik darah
(siap pakai sistem sem lagi tu)
tak silap aku 1 sem RM1500
mengalahkan orang masuk U
tapi budak langsung tak SMART!

yang adik umur baru nak masuk 4 tahun
tapi kalau cakap
adeyh..
mengalahkan mak kepoh!!
cepat pick up dak sorang ni

okie2..

berbalik pada tajuk entry kali ni

^MARI BELAJAR 123^

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

satu belas

dua belas
.
.
.
.
.
.

dan seterusnya kira la sendiri sampai lebam

hahahaha

yang dok kira ni anak sedara aku yang lelaki umur 5 tahun tu

nak tergolek-golek aku gelak bila dengar dia mengira macam tu

ade ke sebelas dia cakap satu belas

haha

terbaekkk laa~~

pssstt.. tapi kan..btol gak..nape sebelas..bukan satu belas..
sebab dua belas..tiga belas..
mesti anak sedara aku ni tgh confused sebenarnye kan
ahahaaa~~~


(^_^)







Monday, June 27, 2011

jom ketawa!


..ketawa baik utk kesihatan..





::aku ada fakta yerp kawan2::


"Profesor William Fry dari Stanford menyatakan bahawa
ketawa sama seperti melakukan senaman..
Dalam sehari, jumlah tenaga yg dihasilkan apabila ketawa
sama dengan jumlah tenaga yg dihasilkan apabila 10 minit
kita mendayung sampan atau berjoging.."



heeeeee~~~



nenek otai

^_^


::pesanan dari syarikat cat pelangi::

hidup ini penuh warna warni
..jadi..
jom kita serikan dengan gelak & tawa
agar hari kita lebih bererti



Friday, June 24, 2011

terima kasih


berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu

kerana dia telah membuat hatimu lebih kuat


berterima kasihlah pada orang yang telah membohongimu

kerana dia telah membuat hidupmu makin bijaksana


berterima kasihlah pada orang yang telah membencimu

kerana dia telah mengasah ketegaranmu


dan berterima kasihlah pada orang yang telah menyayangimu

kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu



terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan sebegitu kepadaku

pastinya ade hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi




~taken from Mr. Hazrin Zairi~



tanda adam ♥ hawa


Jika benar si Adam itu mencintai si Hawa




dia tidak akan menyentuh si hawa sebelum menikahinya

dia tidak akan memanggil si Hawa sayang sebelum menikah dengannya

dia tidak akan melihat aurat si Hawa sebelum memilikinya

dia tidak akan melalaikan Hawa dari menjadi hamba Allah yang taat




♥ saya suka awak ♥

::my favorite's things::



aku tak cerewet pasal coklat
tapi selera aku hanya kat coklat
Cadbury Black Forest jerp
ferrero rocher pon eden tak layan




!!tom yam!!
aku suka tomyam
selera thai jap
hehe





perhatian2!!
aku suka minum cool blog ok
amoi kat belakang tu sila jgn kecil hati
haha
(^_^)v

http://www.facebook.com/pages/i-3-CooL-bLoG/120657884638947

^click link atas ni utk like cool blog kat Facebook^






psssttt~~
aku suka blogging
korang caye tak??



aku suka online
sbb download lagu
online facebook..ym..twitter..
update blog gak



i music
aku dengar semua jenis music
janji ley layan kepala & jiwa aku




aku gila komik
(japanese manga)
komik jepun lor
selalunya Gempak Starz punya komik meyh
yang kat ats ni 1/7 dari collections aku




NoVeL
ha..ni lagi satu kegilaan aku
novel
aku baca banyak novel
dulu layan cintan-cintun punya novel
tapi sekarang layan yg light2 & gila2 je




my is with KKDK
kelab yg mengajar aku erti persatuan yg menerapkan 'family concept'





aku suka naik motor
gambar atas ni nak 'placing' lebih je
ahaksss



Monday, June 20, 2011

tanda kasih


ujian hidup merupakan 'GURU' yg tidak bersuara

tetapi ia sangat mengajar & mendidik

hakikatnya ia satu komunikasi tanpa suara

antara Tuhan & hamba-NYA...

kecil @ besar sesebuah ujian itu adalah takdir

usah dipinta 'DIKECILKAN' ujian

tapi pintalah 'DIBESARKAN IMAN' untuk menghadapinya

^_^



Sunday, June 19, 2011

kawan..teman..sahabat..



















may all ur dreams come true okie..

^_^





Thursday, June 16, 2011

usah mencari yang terlalu sempurna


Jika kamu memancing ikan....


Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia

semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya

ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU

hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia

begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....



Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya

mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya

dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN

bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi

hubungan kamu akan KEKAL hingga
ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...

Kamu akan menyesal...



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah,

cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan...

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...

Kamu juga yang akan MENYESAL....


Sunday, June 12, 2011

sirap bandung


nape name air ni sirap bandung ekh??

air ni dari bandung ke??

hehe

tapi bukan asal usul air nih yang aku nak cerita

tapi

pengalaman masa zaman kecil-kecil dulu

kakak aku pernah cakap kat aku

"kau jangan minum air sirap bandung, nanti kau mengandung..."

serious masa tu aku memang percaya bulat2 apa yg dia cakap
(ceyh..padahal akak aku da tipu aku hidup2..)

=_="

pernah sekali tu, time tu aku darjah 1 (umur 7 tahun)
kat kantin sekolah aku ada jual air sirap bandung
kawan aku nak beli air tu
aku pon sepantas kilat bagitau dia

"ekh..awak jangan minum air bandung tu.."
kawan aku pon dgn muka sucinya pon tanya,
"kenapa tak boleh minum?"
aku pon cakap, "kalo minum, nanti mengandung.."
kawan aku teros cakap,
"gitu kita tak nak minum la, nanti kita mengandung pulak.."

hahahahaha

bila ingat balik kenangan masa zaman kecik-kecik dulu
memang kelakar gilerr
sampai aku ley gelak guling2 & tergolek2 kat lantai
(saje wat ayat gempak sikit)

^_^


Thursday, June 9, 2011

tak baek punyerr...


ade banyak perangai tak elok
yg tak patut kita buat

contohnya

*terasa nak makan buah mangga muda*
panjat pokok mangga jiran sebelah rumah
dengan tanpa rasa segan silu
petik satu demi satu mangga muda
untuk dicicah bersama kuah rojak MakBee

hamboi..hamboi..
molek bebenor perangai mike

>.<"

baiklah
moh le kita cite lagi
perangai2 yg tak elok kita buat
& perlu kita elakkan

TALAM 2 MUKA
ohoi..
ni la perangai yg tak baek punye
depan kita cakap lain
belakang kita cakap lain pulak
orang-orang macam ni kita kasi bakor jer~~

CILOK BARANG MEMBER
fuhh!!
sungguh tidak sopan perangai tuan hamba
apa la kiranya lebih baik
meminta izin sebelum kebas
opss..
minta izin kat tuan punya barang
kalau iye pon nak pinjam
jangan main kebas jer

CAKAP TAK BERLAPIK
dush..dush..
rasa macam kena tembak dengan machine gun je
cakap macam tak sayang mulut meyh
tak tapis langsung
kot iye pon jujur sangat
fikir la hati member sikit der
kan tak baik sakitkan hati member

hehehe

chill

yang baik kita amalkan
yang tak elok kita sama-sama elakkan

okies

(^_^)v


renung-renungkan
dan selamat beramal..


Wednesday, June 8, 2011

(^_^)


kenapa kita perlu senyum?

::ada banyak sebab untuk kita tersenyum::

AWET MUDA
senyum=15 otot je
kalau marah=63 otot
berkerut dahi pon dah guna 40 otot
kat bahagian muka kita

WAJAH BERSERI
senyuman adalah perhiasan dalaman
yg mengindah & menyerlah
perhiasan luaran yg sempurna

KAWAL STRESS
dengan senyuman kita dapat mengurangkan stress
& mengawal tekanan darah
senyum gak akan buat kita jadi lebih relaks

MENGURANGKAN KESAKITAN
senyuman dapat mengurangkan rasa sakit
jika kita dalam kesakitan
sebab ia merangsang pengeluaran endorfin & serotonin
*happy hormones*
yg dapat mengurangkan kesakitan yg kita rasa

SEDEKAH
senyuman merupakan satu sedekah..
senyumlah selalu, ia tidak pernah merugikan kita


" Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja.. "







Sunday, June 5, 2011

♥cute♥


^_^

orang kata
melentur buluh biarlah dari rebungnya kan

jadi
amalan membaca ni pon sama gak
kita kena terapkan
kepentingan membaca ni dalam diri
sejak dari kanak2 lagi

supaya dia minat membaca

so..aku ada 1 bahan bacaan yang menarik

Riang Ria Almira
(buku ni buku kanak2 ketiga penulis)

buku 1: Dunia Almira
buku 2: Impian Almira

Penulis: Zakiah Abd. Ghafar ♥






" Rasailah keceriaan dan keterujaan
3 kanak-kanak comel ini
dalam menerokai alam indah
ciptaan ILAHI "


http://zakiahags.blogspot.com/2011/06/almira-azyan-dan-awadah-datang-lagi-di.html

^klik link kat ats nih kalo nak tgk blog penulis buku ni okie^

p.s. Cover buku ni comel kan.. ♥


jgn mudah percaya


peringatan!!

jgn ingat kita dah kenal lama dgn seseorang tu

dia nampak baik depan kita

cam rapat ngan kita

tu semua bukan tiket untuk kita
terus percaya kat orang tu

kadang-kadang
orang yang camni la berpotensi tinggi
untuk jadi backstabbers

so beware

backstabbers wannabe

mungkin orang tu yang paling dekat & rapat dgn kita

so
berhati-hati sebelum terkena

^_^


Tuesday, May 31, 2011

cerewet vs. perfectionist


aku rasa

bekerja dengan orang yang cerewet lebih mudah

berbanding bekerja dengan orang yang
PERFECTIONIST

orang yang cerewet ni
hanya menetapkan syarat2
spesifikasi
perkara2 yang dia nak

tapi
orang yang perfectionist nih very unpredictable
di saat2 akhir
dia akan ubah banyak benda

semata-mata nak nampak serba-serbi
dalam keadaan yang
MAHA SEMPURNA

serious

kita akan rasa sangat2 tertekan
bekerja dengan orang yg perfectionist
berbanding orang yg cerewet

=_=!


Thursday, May 26, 2011

sorry...


sebab aku terlalu memikirkan kebahagiaan
seorang insan yang bernama sahabat

aku mula memikirkan pelbagai cara
untuk memastikan dia bahagia

tapi

gara2 aku yang terlalu obses untuk melihat dia bahagia

akhirnya

membuatkan dia dalam situasi yang stress & tak happy

sorry sangat weyh

aku tau aku salah

aku yang memandai-mandai

tapi semua yang aku buat
sebab aku nak tengok kau gembira
tu jer

sorry kawan

T_T

Tuesday, May 24, 2011

cokelat oH cokelat


hari tu aku, ezza & farah lepakking cam biasa

makan2
girls' talks
karok

the best part is farah bawa
IBU dia sekali join

ibu farah sgt2 sporting

tapi aku kesian lak tengok ibu dia terpaksa ikot
kami yang gila2 ni
jalan2

at last
time nak balik
singgah UO

farah nak beli choclates utk kak long dia

tiba2 aku terlintas nak beli choc MARS

secara tak sengaja
tu favorite choc ibu farah

aku pon teros cari choc tu tapi tak jumpa

terpaksa la tanya pekerja UO
"Ada Choc MARS tak?"
akak UO tu cakap, "Ada.."

dia pon bawa la aku gi shelves MARS
aku dengan penuh sabar dan dedikasinya aku pon ikot

jalan punya jalan, sampai la kat rak yang dia bawak

Oh Tidak =_=!

dia bawa kat rak coklat & tepung nak buat kek!!

aku pon cakap thanks dan cari sendiri sampai jumpa
last2 jumpa gak kat rak express dekat kaunter nak bayar

~~fuhhh~~
=_="

sabar jer la aku dengan akak UO tu

semuanya gara2 choc MARS






Monday, May 23, 2011

cemburu ke?


hati aku tertanya2

kenapa ye ade orang yang tak suka tgk orang lain
senang
gembira
bahagia

tak boleh ke biarkan orang tu happy

kenapa perlu ada rasa
dengki
cemburu
iri hati

tak baik tau

bak kata anak saudara aku
"Tak baik..Nanti Tuhan marah.."

aku sendiri tak faham
kenapa perasaan tak senang
tengok kegembiraan orang lain
tu perlu ada dalam diri kita

sakit tau

T_T

jangan buat dengki kat orang
nanti setiap perbuatan tu akan terkena balik pada kita

buat baik dibalas dengan kebaikan
buat tak baik dengan orang maka akan dapat balasan yg tak baik gak la


::what goes around comes around::
bak kata omputeh
terskipping lagi
opss..speaking meyh..



Friday, May 20, 2011

Poor Night-Vision


poor night-vision

opss..terskipping lak
(speaking sebenarnye)

okie la

kalo korang nak tau

poor night-vision tu rabun malam

|| Ape tu rabun malam? ||

rabun malam terjadi di mana penghidapnya
rabun semasa matahari terbenam
(aku suka ayat rabun semasa matahari terbenam ni)

Sebenarnya rabun malam nih merupakan satu penyakit
yang disebabkan oleh kekurangan
Vitamin A dalam makanan
yang menyebabkan sel mata yang kering
dan mengehadkan keupayaan mata
untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya

::Cara2 nak atasi Rabun Malam ni::

perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam
aku tau..mesti ade antara korang yg tak suka makan sayur kan??
asal nampak sayur je..mula la asingkan letak tepi pinggan
tak pun korang akan tiba2 jadi murah hati
dengan memberikan sayur2 tu kat member2 korang kan
(mula lah sesi transfer sayur2 tu kat pinggan org lain)

=_="

yang tak suka sayur2 hijau ni ley la amek alternatif kat bawah ni
korang ley makan hati, mentega, buah-buahan,
lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam pemakanan korang
bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A




Amalkan setiap hari
Insya-Allah korang akn dapat mengatasi masalah ini



Wednesday, May 18, 2011

PULANGLAH (sebelum ku runaway)


1st time dengar lagu ni agak tak faham sebenarnya
2nd time dengar lak member aku yg bagi dengar
kat handphone dia
tak silap aku dia kata
lagu ni lagu favorite dia

so
post kali ni
nak share la ape yang specialnya lagu ni

cecite..cecite..

maybe lirik dia yang MANGLISH kowt
maksudnya
Malay+English
cam rojak gitu

**************************************"

Awi Rafael | Pulanglah



Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku 'tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Bridge:
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Korus: (2x)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Bridge & Korus
*Gitar Solo
Ulang Bridge

Runaway...
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Ulang Korus


p.s. Lagu ni aku dedicate kan special utk member aku tu...
terharu tak??
cecite..cecite..
(^_^)

http://www.youtube.com/watch?v=wUH7zsbMVBE&feature=related
^klik link nih kalo nak tgk music video dia^


siapa aku


::aku::

confirm2 la seorang perempuan

aku seorang yang degil

agak kasar perangainya

peramah
yang ni tak tau mana dapat skill communication level 10/10

susah nak marah orang

facial expression aku menggambarkan perasaan aku
terlalu transparent
tak tau nak wat camne lagi

sukar berdendam

kalo dalam bab tolong2 ni
aku rela susahkan diri demi orang yg aku sayang
contoh cam kawan2 aku dan keluarga aku
tapi
aku tak sanggup tengok dorang susah kerana aku

aku minat japanese manga, novel, blogging, online
suka masak (adoi, cam chef lak)

bawak moto laju2
kalo da dpt moto
aku xpernah bwk pelan
cam ade semangat utk aku pulas minyak sampai abes
rasa sgt2 syiok bile bawak laju2
gitu gak ngan kereta
(tapi atas highway jerp la)

aku susah nak berkira sangat
nak2 kalo guna konsep give & take
jgn kita jer give2... yg sebelah pihak lak asek take2..
yg tu tak adil namanya

xsuke bau rokok

aku ade motion sickness
tak boleh travel jauh2
kalo travel
aku akan pening & mabuk teruk
most possibility ley muntah

tengok drama korea
nak2 romantic comedy+sedih2 sikit pon aku layan gak

minum susu
nih ubat kalo susah nak tido

makan tomyam and spaghetti
nak2 spaghetti meat bolognese kat Milano's
gile sedap

aku tak suka orang yang perangai cam MEM BESAR!
dok mengarah2 orang sesuka hati
aku ada perasaan la weyh

aku suka jalan2 cari pasal
kehkeh
xde la
jalan2 tgk tempat baru
favorite places
nak release tension la konon-kononnya

ha!!
baru teringat
aku suka kaler purple
camne ley lupe yerp
padahal blog aku nih pon
PURPLE MANIAC
adeyh~~


okie


tu je simple story tentang diri aku

(^_^)





happy birthday kawan



^syafiq^

happy birthday kawan

aku lambat wish birthday dia sebenarnya
(17 May)

da 2 minit tukar tarikh baru
(18 May)

baru aku call dia n wish kat dia

siap nyanyi2 ag tu

maaf la..

suara beta kurang merdu la kawan
huhu

yg sedihnye.. ley lak die xsave number aq
naseb baek die cam suara aq
kalo x
siap ko!!
huhu
gurau jerp


ok la..


::semoga dgn pertambahan umur nih::



(20 tahun sudah!!)


ko akan mendapat lebih banyak kejayaan...
dimurahkan rezeki
dipanjangkan umur oleh Allah swt
...amin...


sorry aq wish lambat

(^_^)


music

Tumblr Blogger SCM Music Player