...

cute

Monday, June 27, 2011

jom ketawa!


..ketawa baik utk kesihatan..





::aku ada fakta yerp kawan2::


"Profesor William Fry dari Stanford menyatakan bahawa
ketawa sama seperti melakukan senaman..
Dalam sehari, jumlah tenaga yg dihasilkan apabila ketawa
sama dengan jumlah tenaga yg dihasilkan apabila 10 minit
kita mendayung sampan atau berjoging.."



heeeeee~~~



nenek otai

^_^


::pesanan dari syarikat cat pelangi::

hidup ini penuh warna warni
..jadi..
jom kita serikan dengan gelak & tawa
agar hari kita lebih bererti



Friday, June 24, 2011

terima kasih


berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu

kerana dia telah membuat hatimu lebih kuat


berterima kasihlah pada orang yang telah membohongimu

kerana dia telah membuat hidupmu makin bijaksana


berterima kasihlah pada orang yang telah membencimu

kerana dia telah mengasah ketegaranmu


dan berterima kasihlah pada orang yang telah menyayangimu

kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu



terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan sebegitu kepadaku

pastinya ade hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi




~taken from Mr. Hazrin Zairi~



tanda adam ♥ hawa


Jika benar si Adam itu mencintai si Hawa




dia tidak akan menyentuh si hawa sebelum menikahinya

dia tidak akan memanggil si Hawa sayang sebelum menikah dengannya

dia tidak akan melihat aurat si Hawa sebelum memilikinya

dia tidak akan melalaikan Hawa dari menjadi hamba Allah yang taat




♥ saya suka awak ♥

::my favorite's things::



aku tak cerewet pasal coklat
tapi selera aku hanya kat coklat
Cadbury Black Forest jerp
ferrero rocher pon eden tak layan




!!tom yam!!
aku suka tomyam
selera thai jap
hehe





perhatian2!!
aku suka minum cool blog ok
amoi kat belakang tu sila jgn kecil hati
haha
(^_^)v

http://www.facebook.com/pages/i-3-CooL-bLoG/120657884638947

^click link atas ni utk like cool blog kat Facebook^






psssttt~~
aku suka blogging
korang caye tak??



aku suka online
sbb download lagu
online facebook..ym..twitter..
update blog gak



i music
aku dengar semua jenis music
janji ley layan kepala & jiwa aku




aku gila komik
(japanese manga)
komik jepun lor
selalunya Gempak Starz punya komik meyh
yang kat ats ni 1/7 dari collections aku




NoVeL
ha..ni lagi satu kegilaan aku
novel
aku baca banyak novel
dulu layan cintan-cintun punya novel
tapi sekarang layan yg light2 & gila2 je




my is with KKDK
kelab yg mengajar aku erti persatuan yg menerapkan 'family concept'





aku suka naik motor
gambar atas ni nak 'placing' lebih je
ahaksss



Monday, June 20, 2011

tanda kasih


ujian hidup merupakan 'GURU' yg tidak bersuara

tetapi ia sangat mengajar & mendidik

hakikatnya ia satu komunikasi tanpa suara

antara Tuhan & hamba-NYA...

kecil @ besar sesebuah ujian itu adalah takdir

usah dipinta 'DIKECILKAN' ujian

tapi pintalah 'DIBESARKAN IMAN' untuk menghadapinya

^_^



Sunday, June 19, 2011

kawan..teman..sahabat..



















may all ur dreams come true okie..

^_^





Thursday, June 16, 2011

usah mencari yang terlalu sempurna


Jika kamu memancing ikan....


Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia

semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya

ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU

hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia

begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....



Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya

mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya

dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN

bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi

hubungan kamu akan KEKAL hingga
ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...

Kamu akan menyesal...



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah,

cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan...

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...

Kamu juga yang akan MENYESAL....


Sunday, June 12, 2011

sirap bandung


nape name air ni sirap bandung ekh??

air ni dari bandung ke??

hehe

tapi bukan asal usul air nih yang aku nak cerita

tapi

pengalaman masa zaman kecil-kecil dulu

kakak aku pernah cakap kat aku

"kau jangan minum air sirap bandung, nanti kau mengandung..."

serious masa tu aku memang percaya bulat2 apa yg dia cakap
(ceyh..padahal akak aku da tipu aku hidup2..)

=_="

pernah sekali tu, time tu aku darjah 1 (umur 7 tahun)
kat kantin sekolah aku ada jual air sirap bandung
kawan aku nak beli air tu
aku pon sepantas kilat bagitau dia

"ekh..awak jangan minum air bandung tu.."
kawan aku pon dgn muka sucinya pon tanya,
"kenapa tak boleh minum?"
aku pon cakap, "kalo minum, nanti mengandung.."
kawan aku teros cakap,
"gitu kita tak nak minum la, nanti kita mengandung pulak.."

hahahahaha

bila ingat balik kenangan masa zaman kecik-kecik dulu
memang kelakar gilerr
sampai aku ley gelak guling2 & tergolek2 kat lantai
(saje wat ayat gempak sikit)

^_^


Thursday, June 9, 2011

tak baek punyerr...


ade banyak perangai tak elok
yg tak patut kita buat

contohnya

*terasa nak makan buah mangga muda*
panjat pokok mangga jiran sebelah rumah
dengan tanpa rasa segan silu
petik satu demi satu mangga muda
untuk dicicah bersama kuah rojak MakBee

hamboi..hamboi..
molek bebenor perangai mike

>.<"

baiklah
moh le kita cite lagi
perangai2 yg tak elok kita buat
& perlu kita elakkan

TALAM 2 MUKA
ohoi..
ni la perangai yg tak baek punye
depan kita cakap lain
belakang kita cakap lain pulak
orang-orang macam ni kita kasi bakor jer~~

CILOK BARANG MEMBER
fuhh!!
sungguh tidak sopan perangai tuan hamba
apa la kiranya lebih baik
meminta izin sebelum kebas
opss..
minta izin kat tuan punya barang
kalau iye pon nak pinjam
jangan main kebas jer

CAKAP TAK BERLAPIK
dush..dush..
rasa macam kena tembak dengan machine gun je
cakap macam tak sayang mulut meyh
tak tapis langsung
kot iye pon jujur sangat
fikir la hati member sikit der
kan tak baik sakitkan hati member

hehehe

chill

yang baik kita amalkan
yang tak elok kita sama-sama elakkan

okies

(^_^)v


renung-renungkan
dan selamat beramal..


Wednesday, June 8, 2011

(^_^)


kenapa kita perlu senyum?

::ada banyak sebab untuk kita tersenyum::

AWET MUDA
senyum=15 otot je
kalau marah=63 otot
berkerut dahi pon dah guna 40 otot
kat bahagian muka kita

WAJAH BERSERI
senyuman adalah perhiasan dalaman
yg mengindah & menyerlah
perhiasan luaran yg sempurna

KAWAL STRESS
dengan senyuman kita dapat mengurangkan stress
& mengawal tekanan darah
senyum gak akan buat kita jadi lebih relaks

MENGURANGKAN KESAKITAN
senyuman dapat mengurangkan rasa sakit
jika kita dalam kesakitan
sebab ia merangsang pengeluaran endorfin & serotonin
*happy hormones*
yg dapat mengurangkan kesakitan yg kita rasa

SEDEKAH
senyuman merupakan satu sedekah..
senyumlah selalu, ia tidak pernah merugikan kita


" Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja.. "







Sunday, June 5, 2011

♥cute♥


^_^

orang kata
melentur buluh biarlah dari rebungnya kan

jadi
amalan membaca ni pon sama gak
kita kena terapkan
kepentingan membaca ni dalam diri
sejak dari kanak2 lagi

supaya dia minat membaca

so..aku ada 1 bahan bacaan yang menarik

Riang Ria Almira
(buku ni buku kanak2 ketiga penulis)

buku 1: Dunia Almira
buku 2: Impian Almira

Penulis: Zakiah Abd. Ghafar ♥






" Rasailah keceriaan dan keterujaan
3 kanak-kanak comel ini
dalam menerokai alam indah
ciptaan ILAHI "


http://zakiahags.blogspot.com/2011/06/almira-azyan-dan-awadah-datang-lagi-di.html

^klik link kat ats nih kalo nak tgk blog penulis buku ni okie^

p.s. Cover buku ni comel kan.. ♥


jgn mudah percaya


peringatan!!

jgn ingat kita dah kenal lama dgn seseorang tu

dia nampak baik depan kita

cam rapat ngan kita

tu semua bukan tiket untuk kita
terus percaya kat orang tu

kadang-kadang
orang yang camni la berpotensi tinggi
untuk jadi backstabbers

so beware

backstabbers wannabe

mungkin orang tu yang paling dekat & rapat dgn kita

so
berhati-hati sebelum terkena

^_^


music

Tumblr Blogger SCM Music Player