...

cute

Friday, July 22, 2011

yummy ♥


cakes??

selalu orang mesti kaitkan cakes dgn birthday

huhu

ada aku kisah

birthday tak birthday

sebab

aku tak suka makan cakes

tapi orang cakap

rezeki jangan ditolak bila ada orang offer nak belanja

hehehe

al-kisah di sebuah cafe cakes'

jeng jeng






tak take-away pon
makan kat situ gak




^choc indulgence^
cake pilihan mata
sebab mana aku tau sedap ke tak
ni pon Mr. Cashier yang suggestkan
haha
by the way
sedap



^iced lemon tea^
air
ni beli pon sebab da rambang mata pilih
at last
iced lemon tea gak kena bedal



^mango delight^
next time
mesti kena try gak
next time
kena cari next tukang sponsor gak
hehe
thanx a lot




::tema makan kali ni::

"rezeki di hari jumaat yang indah"

alhamdulillah


Wednesday, July 20, 2011

ada aku kisah




anda cakap
" boyfriend aku anak Dato' "

ADA AKU KISAH


anda kata
" family aku semua skema, baju semua nak 'tuck in' "

ADA AKU KISAH


anda sibuk potpet potpet
" ada makcik tu dok berkenan kat aku,
dia kata aku ni cun melecun "

ADA AKU KISAH


anda dok kecoh satu kampung
" ohoii..ayah aku belikan aku EVO 10 "

ADA AKU KISAH


anda beritahu
" tadi ada mamat hensem dok usha2 aku "

ADA AKU KISAH


anda berlagak seperti Mami Jarum Junior
" hang tau, si mamat tu dah la tak kacak
pastu kena tangkap mencuri telur ayam kat kampung sebelah "

ADA AKU KISAH


anda dok bangga tahap kembang kempis hidung
" aku ni pandai mengalahkan Albert Einstein,
permainan DOTA tu akulah yang reka "

ADA AKU KISAH




abang..kakak..adik..
siapa pon anda
termasuk diri aku sendiri

kadang-kadang

tak semua yang keluar dari mulut kita ni orang suka

kadang-kadang

orang malas nak dengar
tapi
pura-pura tekun mendengar

kalau cakap perkara berfaedah tak pe la kot
ni dok bercakap benda2 yang tak perlu
benda kecil dibesar-besarkan

orang cakap macam mulut tempayan
tapi aku rasa mulut tempayan tu pon boleh ditutup lagi
mulut manusia ni
adeyh.. (=_=)"
susah nak control

bila tengah menaip macam aku ni je
mulut akan tertutup
tu pon kadang-kadang terbuka gak
sebab?
menguap la
mengantuk meyh

ok la

salah silap harap maafkan
sekadar satu peringatan
buat aku
kau
kau
dan
kau

hehehe




sekian


Monday, July 18, 2011

semangatku kekuatanmu



andai kau tersesat dalam kegelapan
hadir diriku sebagai cahaya


andai dirimu merasa kehilangan
adanya aku sebagai teman


jika kau memerlukan kekuatan
semangatku tersedia buatmu


hampa yang cuba menjengah
usirlah ia segera
usah biarkan keyakinanmu diganggu gugat


yakin & percayalah

pada kasih Ilahi

usah diragu

insya Allah

pastikan hadir apa yang kau mahukan


wallahua'lam






Thursday, July 14, 2011

♥ doa itu suara hati ♥




jika doamu dimakbulkan
tandanya Allah menyayangi dirimu


jika doamu lambat dimakbulkan
tandanya Allah ingin mengujimu


jika doamu tidak dimakbulkan
Allah merancang yang terbaik untukmu






bersangka baiklah kepada Allah dalam apa jua keadaan
kerana
kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-NYA


wallahua'lam



Wednesday, July 13, 2011

I'm Sorry


'SORRY is the hardest word to say'





ye ke macam tu?

susah untuk kita lafazkan frasa 'maaf'
baik kepada teman-teman..adik beradik..
mungkin ibu bapa dan juga pasangan hidup kita?

mengapa agaknya?
mungkinkah kerana ego?
masing-masing mahu menang & tak mahu mengaku kalah
rugikah kalau kita mengaku kalah?
atau mungkin bila kita berkata 'maaf' sebenarnya kita sedang menang

bagi aku
lebih baik mengucapkan kata 'maaf'
daripada dibiarkan 'perkelahian' berterusan

tak susah pun
malah maaf tidak perlu dibayar dengan wang ringgit
kita hanya bermodalkan air liur aje

mungkin tercalar sedikit perasaan kita
namun calar itu membawa seribu kemanisan
kerana kata 'maaf' itu terus merapatkan silaturrahim kita
(tak salah kalau kita tak agungkan rasa ego kita tu)


kadang-kadang kita tak rasa bersalah
dan mungkin kita tahu
pihak 'di sana' itulah yang bersalah
tetapi bila kita memohon maaf
sebenarnya secara tak langsung
menunjukkan keikhlasan hati kita
dan tentunya yang di sana akan lembut hatinya

tak rugi beb!!

malah memang menguntungkan
(berbaloi-baloi)
tak kiralah dalam apa jua hal
terutama sekali bila urusan 'rumah tangga' yang dikaitkan
(opsss..asal cite pasal rumah tangga lak ni..hehehe..)

dengan berkata 'maaf' banyak perkara dapat dipulihkan

bila kita yang menghulurkan 'kemaafan'
di sana akan terusik hatinya
kalau dia degil, akan cairlah hatinya
kalau dia jenis kasar, akan tersentuh jua hatinya
Insya Allah

berkata 'maaf' itu menunjukkan sifat sabar yang ada pada kita

jadi
kalau korang tengah tak ngam dengan sesiapa sekalipun
usahakanlah untuk meminta maaf
agar yang keruh akan berubah menjadi jernih
yang marah akan menjadi sejuk
yang benci akan lupa segala-galanya

Wallahua'lam



p.s. aku nak minta maaf gak..kot2 ada tersakitkan hati sape2..sowii ekh...







Wednesday, July 6, 2011

♥ Insya Allah ♥


Ya Allah,

Kurniakanlah aku jodoh seorang lelaki berkemampuan menjaga diriku
sepanjang umur hidupku ini..

Berkemampuan menggantikan ayah dan ibuku...

Sanggup melindungiku seumur hidupku
dari kecelakaan serta bahaya dan fitnah dunia..

Pandai menjaga darjat diri..

Berkebolehan dalam urusan rumah tangga..

Mempunyai sepenuh kepercayaan terhadapku sebagai isteri..

Rajin, berpimikiran luas dan tidak makan hartaku sebagai isteri..

Mudah memaafkan..

Serta datang dari keturunan yang baik baik..

Dan rajin beribadah..


Amin ya rabb..



"Sesungguhnya wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).."
An Nur: 26




(,") ♥ (",)

::Jadilah wanita yang terbaik untuk lelaki yang terbaik::

(,") ♥ (",)


Saturday, July 2, 2011

jarang-jarang


jarang-jarang

kadang-kadang

dah macam dialog cerita P. Ramlee lah pulak

okie

sesuai dengan tajuk entry kali ni

aku nak cerita pasal budak U yang dok belajar jauh dari family

contoh paling dekat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haaaa...
yang tengah dok baca post ni la
tak yah nak toleh kiri kanan dah
kau la
heee~~

tak la
aku la contohnya

aku anak perempuan bongsu
chup..chup..
jangan nak cakap aku manja ekh

jauh Pluto dari Marikh ok
(ekh..betol ke peribahasa aku ni??)

aku rasa kalau belajar jauh2 dari family ni bagus
dan tak selalu balik rumah pon lagi bagus

Kenapa??Why??
..haaa..
ni la yang aku nak habaq mai kat korang ni

1. Rasa Rindu Yang Membuak2
kehkehkeh
cam saspen je ayat aku guna
bila dah lama tak balik rumah
dah tentu2 la perasaan rindu family dan kita akan mencurah2
time ni la kita akan lebih appreciate hubungan family kita
sebab kita jarang2 jumpa

2. Jadi Putera & Puteri
dah nama pun tak selalu balik kan??
dah tentu la bila sekali sekala balik
kita akan dilayan bak Tuan Putera & Puteri
segala keinginan kita akan dipenuhi
cakap je nak makan apa
tempoyak??asam pedas??sambal petai??
semua dapat
tapi jangan nak demand lebih2 pulak
takut2 nanti
korang kenyang makan penampar jepun mak ayah korang lak
ahaksss~~

3. Jimat Cermat Membawa Berkat
dah nama pun belajar jauh dari rumah kan
mesti la tambang bas, keretapi, kapal selam mahal jugak kan?
bila dah jarang2 balik ni
mesti la korang dapat save duit sikit kan
boleh la korang pergi karok ke..layan movie ke..bowling ke..
ahahha
ni cadangan2 yang hampeh..
(ceyh..padahal aku pon sama gak)
better korang simpan duit tu utk bekalan hari tua korang
opsss...untuk standby kes2 kecemasan
kot2 la korang nak guna untuk assignments ke..projek ke..


apa2 pun
sejak dok belajar jauh ni
aku lebih pandai masak kari
ekh2..berdikari
tak reti nak homesick sangat
dan
"FAMILY COMES FIRST"
okayyy~~

(^_^)


Friday, July 1, 2011

mari belajar 123...



kalau balik rumah

automatik aku akan jadi cikgu

heee~~

sah2 la jadi cikgu pada 2 org anak sedara aku

dua2 petah cakap

yg abg umur 5 tahun
dah pergi tadika
tadika KEMAS you..
sejak masuk tadika KEMAS ni la dia jadi pandai sikit
kalau masa dia umur 4 tahun hari tu
mak dia masukkan kat SMART READER KIDS
huh~~
da la yuran cekik darah
(siap pakai sistem sem lagi tu)
tak silap aku 1 sem RM1500
mengalahkan orang masuk U
tapi budak langsung tak SMART!

yang adik umur baru nak masuk 4 tahun
tapi kalau cakap
adeyh..
mengalahkan mak kepoh!!
cepat pick up dak sorang ni

okie2..

berbalik pada tajuk entry kali ni

^MARI BELAJAR 123^

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

satu belas

dua belas
.
.
.
.
.
.

dan seterusnya kira la sendiri sampai lebam

hahahaha

yang dok kira ni anak sedara aku yang lelaki umur 5 tahun tu

nak tergolek-golek aku gelak bila dengar dia mengira macam tu

ade ke sebelas dia cakap satu belas

haha

terbaekkk laa~~

pssstt.. tapi kan..btol gak..nape sebelas..bukan satu belas..
sebab dua belas..tiga belas..
mesti anak sedara aku ni tgh confused sebenarnye kan
ahahaaa~~~


(^_^)







music

Tumblr Blogger SCM Music Player